Terma & Syarat Penyertaan Program Max Protege
Program
- Program akan dijalankan mengikut tarikh yang ditetapkan namun pihak penganjur mempunyai hak untuk menukarkan tarikh yang telah ditetapkan bersama dengan notis kepada pihak peserta.
- Bayaran yuran adalah mengikut harga yang dipaparkan di laman web maxprotege.com.
- Pembayaran yuran boleh dibuat sebanyak 2 kali iaitu 50% daripada jumlah program Max Protege yang telah ditetapkan.
- Bayaran yuran boleh dibuat melalui sistem pembayaran yang telah disediakan di dalam laman web maxprotege.com.
- Resit akan diberikan melalui email yang digunakan semasa mendaftar ke Program Max Protege ini.
- Peserta yang tidak dapat hadir ke Program ini boleh menghantar wakil untuk menggantikan tempatnya namun wakil tersebut mestilah daripada organisasi / syarikat yang mendaftar ke program ini.
- Program ini hanya menerima tidak lebih daripada 25 orang peserta sahaja.
- Peserta akan dibekalkan video panduan untuk membantu peserta sebagai revision untuk masa akan datang & video panduan tersebut boleh di akses selepas tamat Program Max Protege.
- Bantuan secara personal coaching (berdepan) 2 jam sehari akan diberikan dalam tempoh pembelajaran (3 bulan) di Meetcyberjob Training Centre, Kajang tanpa kos tambahan.
Penamatan & Pembatalan
- Sekiranya program ingin diberhentikan atas isu-isu yang tidak dapat dielakkan (seperti gempa bumi, ribut petir, banjir, etc), program ini hanya akan ditangguhkan atau akan diberikan pemulangan duit pendaftaran program.
- Peserta boleh meneruskan program sehingga habis program atau hadir ke separuh program ini namun tiada pemulangan duit akan diberikan kepada peserta yang tidak menghabiskan program ini. Sekiranya peserta ingin menghabiskan program ini untuk topik yang selebihnya (yang tidak habis), beliau hendaklah mendaftar semula ke Program Max Protege ini dengan harga yang telah ditetapkan oleh pihak pengajur.
- Program akan berjalan seperti biasa seperti tarikh yang ditetapkan walaupun ada peserta yang tidak dapat hadir seperti sakit, kematian dan sebagainya. Namun peserta boleh menghantar wakil untuk menggantikan tempatnya.
Pemulangan & Pembayaran
- Tidak akan ada pemulangan pembayaran yang telah dilakukan oleh peserta / organisasi selepas pembayaran telah dilakukan untuk Program Max Protege.
- Pembayaran hanya boleh dilakukan dengan cek, wang tunai, online transfer, kad debit & kad kredit sahaja.
- Peserta wajib mendaftar nama termasuk dengan pembayaran semasa mendaftar di laman web maxprotege.com.
- Pemulangan wang tunai hanya akan diberikan sekiranya penganjur ingin menamatkan program ini serta merta. Sekiranya pihak penganjur ingin membatalkan program ini dipertengahan program, wang tunai peserta akan dikembalikan mengikut harga program yang masih belum dilangsungkan.